Pages

Monday, July 9, 2018

Bahan-Bahan untuk Membuat Kuih

1. KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
  • 700 gm ubi keledek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan  air
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1.    Kupas kulit  dan potong keledek  kecil-kecil.
2.    Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
3.    Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan  sejukkan.
4.    Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
5.    Taburkn tepung atas papan pencanai dan tapak tangan.
6.    Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
7.    Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan.
8.    Sejukkan sebentar.
9.    Sementara itu, masukkn gula dan air ke dalam kuali.
10.    Didihkan menggunakan api yang sederhana.
11.    Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul rata.
12.    Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.

2. KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut  | ambil putih sahaja
  • 3/4 cawan gula merah  
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan  | disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

CARA MEMASAK:
1.    Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2.    Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
3.    Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
4.    Untuk sediakan kulit:  Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
5.    Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
6.    Masukkan adunan ke dalam pengisar  dan kisar hingga adunan sebati.
7.    Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
8.    Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
9.    Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
10.    Angkat. Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
11.    Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
12.    Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
13.    Sedia dihidangkan


3. LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg ubi kayu  | diparut
  • 135 ml santan pekat
  • 230 gm air gula Melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan  | disimpul
  • Daun pisang |  dilayur atas api kecil

CARA MEMASAK:
1.    Satukan semua bahan  dan gaul rata.
2.    Sediakan daun pisang secukupnya.
3.    Daun pisang dicuci bersih dan  lap kering.
4.    Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
5.    Letak dua  sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
6.    Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
7.    Kukus lepat  antara 30 - 45 minit.
8.    Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.

4. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
  • 1 1/2 cawan  tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur
  • Air secukupnya
  • Bahan Kelapa:
  • Garam halus secuk
  • 1 cawan kelapa | putih sahaja

CARA MEMASAK:
1.    Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan gula merah ke dalam bekas.
2.     Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur.
3.    Masukkan air kapur, kacau lagi.
4.    Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug untuk memudahkan menuang adunan ke dalam acuan kecil.
5.    Kemudian kukus selama 15-20 minit.
6.    Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
7.    Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
8.     Gaulkan kelapa dengan garam hingga sekata rasanya.
9.     Taburkan kelapa di atas kuih kaswi.

5. KUIH BAKAR KEMBOJA
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur gred A
  • 600 ml santan
  • 250 ml jus pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan mentega.
  • Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMASAK:
1.    Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
2.    Sapukan acuan  dengan mentega, ketepikan.
3.    Satukan semua bahan-bahan, kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus.
4.    Panaskan acuan  dalam ketuhar selama lima minit.
5.    Keluarkan acuan dan tuangkan adunan dan masukkan semula dalam ketuhar.
6.    Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan di atas permukaan.
7.    Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak.
8.    Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam acuan.
9.    Potong dan hidangkan.

INFO CHEF:
Untuk mendapatkan 250ml jus pandan, kisar4-5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml.

6. LEPAT PISANG:
BAHAN-BAHAN :
  • 6 biji pisang masak | dibuang kulit
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum  | diayak
  • ½ biji kelapa parut
  •  ½ sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya | dilayur atas api

CARA MEMASAK:
1.    Panaskan pengukus.
2.    Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati
3.    Ambil sekeping daun pisang, letakkan satu sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang
4.    Letakkan satu  sudu teh kelapa parut di tengah-tengahnya sebagai inti.
5.    Kemudian, tutup kelapa parut tadi dengan satu sudu adunan pisang
6.    Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan.
7.    Buat sehingga habis.
8.    Susun dalam pengukus secara berselang seli dan kukus selama ½ jam atau hingga masak
9.    Sedia untuk dihidangkan.

7. KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya
  • Daun pisang | dilayur atas api kecil

Bahan Inti:
  • 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan |disimpul
  • 1/2 cawan air

CARA MEMASAK:
1.     Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur.
2.    Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
3.    Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
4.    Angkat dan sejukkan.
5.    Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
6.    Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
7.    Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
8.    Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
9.    Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
10.    Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
11.     Kemudian lipat seperti biasa.
12.    Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.


8. PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm tepung kuih pau
  • 6gm yis segera
  • 50gm minyak sayur
  • 1/2sudu teh garam
  • 100gm gula halus
  • 250gm air suam
Bahan Inti:
  • 200gm kacang merah
  • 100gm gula perang
  • 1/2 sudu teh gula merah
  • 1/2sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1.    Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
2.    Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar  bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
3.    Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
4.    Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
5.    Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
6.    Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
7.    Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
8.    Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
9.    Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
10.    Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
11.    Simpan selama sejam.
12.     Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.


9. ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gram tepung pulut
  • 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
  • 1 cawan air
  • Gula melaka | dipotong kiub
  • Kelapa parut putih secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.    Didihkan air dalam periuk., jika suka.
2.    Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
3.    Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
4.    Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
5.    Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
6.    Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
7.    Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 - 15 biji sekali rebus.
8.    Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
9.    Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
10.    Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa.  Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.


10. KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan |dikisar
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
Bahan Air Gula:
  • 3 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMASAK:
1.    Cuci beras pulut,rendam beras pulut dengan air selama tiga jam bersama pewarna hijau dan air kapur.
2.    Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
3.    Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian masukkan santan & air pandan ke dalam pulut tadi, gaul rata dan kukus lagi selama 30minit.
4.    Kemudian bentukkan pulut ikut bentuk yang anda suka.
5.    Gaulkan pulut dengan kelapa parut. Ketepikan
6.    Sementara itu buat air gula. Masukkan semua bahan air gula dalam periuk.
7.    Masak menggunakan api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.
8.    Angkat dan biarkan sejuk.
9.    Siap dihidangkan bersama pulut.

11. APAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
Bahan B:
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu teh gula halus
Bahan C :
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam

CARA MEMASAK:
1.    Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak hingga gula larut.
2.    Tapis dan sejukkan.
3.    Dalam bekas lain satukan bahan B dan kacau, biarkan lima minit atau hingga berbuih.
4.    Seterusnya, satukan bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah disejukkan, kacau menggunakan whisk.
5.    Setelah sebati, tutup dan perapkan selama 1 jam.
6.    Sapukan acuan dengan minyak,kemudian tuangkan adunan  dalam acuan.
7.    Kukus selama 20 minit.
8.    Angkat dan sejukkan.


12. BINGKA ROTI
BAHAN-BAHAN:
  • 3 biji telur
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 100 mentega |  dicairkan dan biarkan suam
  •  1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  •  1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan
  • 1 cawan jagung krim dalam tin

CARA MEMASAK:
1.    Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut.
2.    Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.
3.    Tuang santan,   kacau hingga semua sebati.
4.    Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit.
5.     Masukkan krim jagung , kacau hingga rata.
6.    Tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
7.    Bakar dalam  ketuhar pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak.
8.    Biarkan kuih  sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.

INFO CHEF:
Jika suka lebih garing bahagian atas, boleh tambah 10 minit lagi untuk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.

13. APAM TEPUNG BERAS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
  • 1cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 cawan air
Bahan B:
  • 2 cawan tepung beras,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 cawan gula pasir.
Bahan Lain:
  • 1 paket Eno
  • Pewarna hijau

CARA MEMASAK:
1.    Kisar bahan A hingga halus.
2.    Kemudian masukkan bahan B dan kisar lagi hingga sebati.
3.    Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam.
4.     Seterusnya, masukkan  Eno dan pewarna  hijau.
5.    Biar seketika.
6.    Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.
7.    Boleh dimakan bersama kelapa.

14. KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
  • cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMASAK:
1.    Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
2.    Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
3.     Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
4.    Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
5.    Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.
6.    Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.
7.    Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
8.    Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
9.     Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.

15. KUIH TOPI
BAHAN-BAHAN:
  • 3 cawan tepung beras
  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 4-5    cawan air
  • 2 cawan gula

CARA MEMASAK:
1.    Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2.    Biarkan semalaman.
3.    Kemudian gorengkan di dalam kuali kecil dengan minyak sedikit sahaja.
4.    Semasa menggoreng perlu sesuaikan  kepekatan adunan sekiranya pekat boleh ditambah dengan sedikit air suam.
5.    Sedia dihidangkan.

16.KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
2. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
3.  Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
4. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
5.  Bentukkan doh  bulat seperti bebola.
6. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
7. Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
8. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.

17. PULUT INTI
BAHAN-BAHAN
Pulut:
  •  4 cawan pulut
  • 100 ml santan pekat
  • Secubit garam
Inti:
  •  ½ biji kelapa diparut
  • 2sb nisan
  • secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Penyediaannya Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
2. Kukus pulut ½ masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas.
3. Masukkan santan dan garam, gaul rata.
Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
4. Untuk menyediakan intik, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
5.Setelah inti pekat dan melekat,tutup api.
6.Msukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
7. Bentangkan sehelai daun pisang yang telah pun di potong dan dibersihkan terlebih dahulu.
8.Menggunakan scope ais-cream, letakkan di atas daun pisang, diikuti sesudu kecil inti.
 9. Bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. Ulang sehingga habis.

18. CARA BERLAUK

BAHAN-BAHAN:
  • 75 gm tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • 170 ml santan
  • 2 sudu makan mentega | dicairkan
  • Beberapa titik pewarna kuning makanan
  • Secubit garam

Bahan Inti:
  • 100gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 keping hirisan halia | dicincang
  • 1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan  sos tomato
  • 1 sudu teh cili kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam kisar
  • 1 pokok daun sup | dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1.    Sediakana inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali.
2.     Tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukka cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.
3.    Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.
4.    Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.
5.    Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
6.    Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.
7.    Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.
8.    Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
9.    Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.
10.    Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
11.    Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi.
12.    Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak.
13.    Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.


19. KARIPAP PUSING

BAHAN-BAHAN:
A:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu  makan tepung jagung
  • 2 sudu makan lemak sayuran
  • 2 sudu makan marjerin
B:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4cawan minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Bahan Inti:
  • 4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
  • 1 sudu makan  rempah kari daging
  • 1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar
  • 4 ulas bawang merah | dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih  | dicincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.    Mula dengan menyediakan inti, panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
2.    Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3.    Kacau rata dan masukkan kentang dan sedikit air.
4.    Kacau hingga kentang empuk.
5.    Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan ketepikan.
6.    Sediakan doh A.  Satukan semua doh A,  adun sebati dan boleh dikepal.
7.    Kemudian bahagikan kepada empat bahagian dan bulatkan.
8.    Untuk doh B, panaskan minyak dan tuang ke dalam mangkuk berisi tepung.
9.    Gaul rata dengan senduk kayu hingga menjadi seperti serbuk roti.
10.    Tuangkan air sedikit demi sedikit, sambil uli hingga sebati.
11.    Bahagikan juga doh kepada empat bahagian , dan bulat-bulatkan.
12.     Canai satu bahagian doh B, lalu salutkan doh menjadi satu doh bulat lebih besar. Ulang untuk doh seterusnya.
13.     Doh yang telah disatukan, dicanai dengan ketebalan tidak terlalu nipis atau tebal. Kemudian gulung dan gelek sekali lagi. Ulang untuk doh seterusnya.
14.     Rehatkan doh lebih kurang 15 minit agar mesra dan lembut.
15.    Potong enam bahagian setiap doh.
16.    Canaikan setiap bahagian, kemudian masukkan inti dan klimkan tepinya dengan kemas.
17.    Panaskan minyak, goreng menggunakan api sederhana hingga karipap kuning keemasan.
18.    Angkat dan toskan.

20. KUIH BAKAR BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

Bahan Inti:
  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • Sedikit daun bawang | dihiris halus
  • Sedikit daun sup | dihiris halus
  • 2 biji cili merah  | dihiris serong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan Bater:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1.    Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
2.    Udang kering dikisar kasar.
3.    Seterusnya,  panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
4.    Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah  minyak.
5.    Masukkan daging kisar.
6.    Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
7.    Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
8.    Kemudian sediakan adunan tepung. Pukul telur bersama garam.
9.    Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
10.    Kalau berketul-ketul, tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
11.    Seterusnya panaskan acuan kuih bakar, kemudian sapukan sedikit minyak.
12.    Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
13.    Diikuti dengan masukkan inti daging dan letakkan cili potong dan taburkan daun sup, daun bawang.
14.    Bakar menggunakan ketuhar atau atas dapur biasa tetapi tutup atasnya dengan penutup periuk.
15.    Setelah masak, biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.


21. KARIPAP SARDIN

BAHAN-BAHAN:

Doh:
  • 500gm tepung gandum
  • 2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

Inti:
  • 1 tin sardin saiz sederhana
  • 1 labu bawang besar | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 biji ubi kentang  | dipotong dadu
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.    Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.
2.    Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.
3.     Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.
4.     Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan  gula.
5.    Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.
6.    Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
7.    Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.
8.    Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.
9.    Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
10.    Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.
11.    Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.
12.    Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan  masukkan inti dan klim tepinya.
13.    Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.

22. POPIA BASAH

BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam

Bahan Inti:
  • 1/2 biji kobis  | dihiris halus
  • 2 batang lobak merah | diparut halus
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak  untuk menumis

Sambal:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Minyak masak untuk menumis
  • Ggaram, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang tanah | dikisar

CARA MEMASAK:
1.    Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2.    Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
3.    Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
4.    Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
5.    Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
6.    Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
7.    Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
8.    Seterusnya untuk membuat sos,
9.    Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
10.    Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
11.    8. Letak satu sudu makan  inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.


23. POPIA OTAK-OTAK

BAHAN-BAHAN:
  • Kulit popia segera
  • 300 gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 3 sudu kecil santan pekat
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1 helai daun kunyit  | dihiris halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit
  • 3cm lengkuas
  • 2  biji cili merah

CARA MEMBUAT:
1.    Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
2.     Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
3.    Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
4.    Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
5.    Gaul sebati dan ketepikan.
6.    Seterusnya, ambil kulit popia.
7.    Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
8.    Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
9.    Hidangkan ketika ia masih panas.

24. POPIA GORENG

BAHAN-BAHAN:
  • Kulit popia secukupnya
  • 1 batang lobak merah | diparut halus
  • 1 biji sengkuang kecil  | diparut halus
  • 1 mangkuk kubis  | dihiris halus
  • 1 biji bawang besar  | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak

CARA MEMASAK:
1.    Tumis bawang besar dan bawang putih  hingga wangi.
2.    Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
3.    Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
4.    Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
5.    Perasakan dengan garam dan gula.
6.    Tutup api dan sejukkan.
7.    Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
8.     Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
9.    Angkat dan toskan minyaknya.

25. CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN:
  • 250 gram keledek | direbus dan lenyek
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Inti:
  • ½ biji kelapa parut
  • 100gm udang kering  | direndam dan dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 7 biji cili merah | dikisar
  • 1cm halia | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1.    Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
2.    Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
3.    Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
4.    Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
5.    Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
6.    Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
7.    Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.


26. POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

BAHAN-BAHAN:
  • 2 sudu makan bijan  | disangai
  • Kulit popia
  • ½ biji sengkuang | diparut halus
  • 1 batang lobak merah | diparut halus
  • Sedikit kobis  | dihiris halus
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
  • 2 sudu makan taucu  | dikisar kasar
  • Sedikit  tauge | dibuang ekor
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula  secukup rasa


Bahan Sambal:
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1sudu makan bawang merah kisar
  • 1 sudu teh bawnag  putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula atau gula putih

CARA MEMASAK:
1.    Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
2.    Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
3.    Ttutup api dan sejukkan.
4.    Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
5.    Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
6.    Untuk sambal sira,  panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
7.    Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
8.    Tutup api dan taburkan bijan.
9.    Siap untuk dihidangkan.


27. PULUT PANGGANG  

BAHAN-BAHAN:
  • 1kg beras pulut | direndam semalaman
  • 1 liter santan cair
  • Secubit garam

Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 50gm udang kering | direndam dan dikisar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis | disangai dan dikisar
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih | disangai dan dikisar
  • 2 sudu makan bawang merah kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
  • 125gm cili boh
  • 125ml air
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang  

CARA MEMBUAT:
1.    Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
2.    Kukus pulut setengah masak.
3.     Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
4.    Kukus sekali lagi hingga masak.
5.    Angkat dan ketepikan.
6.    Untuk intinya, panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
7.    Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
8.    Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula, serbuk jintan manis, jintan putih serta halia, lengkuas, serai dan kunyit.
9.    Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
10.    Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyat dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
11.    Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
12.    Akhir sekali panggang hingga masak dan garing.

28. PULUT SERUNDING KELAPA

BAHAN PULUT:
  • 250 gm beras pulut
  • 150ml santan pekat
  • 150ml air
  • 1 sudu teh garam

BAHAN SERUNDING:
  • 200gm  kelapa parut | putih sahaja
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 1-2 sudu  makan udang kering | dikisar
  • 1 batang serai |dikisar
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit  minyak masak

CARA MEMASAK:
1.  Basuh pulut, kemudian dan kukus hingga masak.
2. Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
3. Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
4.  Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serunding. Jangan terlalu garing.
5. Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut citarasa/
6. Kemudian gaulkan dalam serunding.
7. Sedia dihidangkan.

29. BURGER MALAYSIA

BAHAN-BAHAN:
  • 3cawan tepung gandum
  • 3sudu makan gula halus
  • 4sudu makan susu tepung
  • 3sudu makan lemak sayur
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh instant yis
  • 250ml air suam

Bahan Inti:
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya

CARA MEMAMASAK:
1.    Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan satu sudu teh gula halus
2.    Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih.
3.    Sementara itu, masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
4.    Tuang bancuhan yis dan gaul hingga sebati.
5.    Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan.
6.    Kemudian bentukkan doh seperti bebola sama besar.
7.    Susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit.
8.    Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
9.    Panaskan minyak, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
10.     Setelah sejuk, belah dua dan sapu dengan sedikit sambal tumis dan letak sekeping hirisan timun.

No comments:

Post a Comment