Pages

Wednesday, July 11, 2018

Jenis Kuih-Muih di Sarawak


Saya hanya senaraikan beberapa sahaja yang pada saya sangat sedap. Buat sahabat di semenanjung kalau datang boleh lah mencari kuih-kuih kering ini di pasar Tamu Kubah Ria, Kedai Haji Wahid atau di Leni Spice UTC..ditempat lain pun banyak…nanti boleh lihat komen2 mesti ada yang senaraikan tempat menjual kuih2 kering ini.




1. Kuih Cap
Kuih Ros / Kuih Cap (Kredit Foto : Irene Natalia Sutoh)
Kuih ini dibuat dari tepung beras, gula dan santan kelapa. Rasanya lemak manis. Sesuai untuk dimakan waktu petang dan santai. Di kampung kuih ini dibuat dalam skala kecil untuk dijual di kedai kedai runcit. Namun sejak ada bantuan IKS ada penduduk yang mengeluarkan kuih ini dalam skala besar dan dijual secara komersial hingga ke Brunei.


2. Kuih Cincin
Kuih ini juga menggunakan tepung beras sebagai bahan asas. Manakala penggunaan gula apong sebagai bahan utama membuatkan rasa kuih cincin Sarawak sangat istimewa berbanding ditempat lain. Kuih ini turut mendapat tempat dikalangan pelancong jika datang ke sarawak.



 3. Tebaloi
Tebaloi pelbagai perisa (Kredit Foto: 1001 Destinasi)
Satu lagi produk hiliran berdaya maju yang dihasilkan oleh masyarakat Melanau di Mukah terutamanya di kawasan Dalat, Oya dan Igan. Tebaloi dibuat menggunakan tepung sagu atau lemantak.
Rasanya sangat lemak dan manis serta rangup. Tebaloi merupakan satu contoh produk makanan ringan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa sering diperkenalkan dalam ekspo perdagangan di luar negara sebagai produk tempatan sarawak.

4. Kuih Cina
Kuih ini bukanlah bermaksud dibuat oleh orang cina, malah kuih ini dibuat oleh penduduk kampung Melayu pesisir seperti di Pusa, Kabong dan Saratok.
Kuih ini dibuat dari beras, kelapa kering, kerisik, gula dan daun pandan dan dibentuk samada bulat atau segi empat mahupun berbunga menggunakan acuan tertentu. Kuihnya rangup dan sangat sedap dimakan waktu petang.

 5. Gula Mitai
Gulai Mitai (Kredit Foto: Cik Malyna)
Inilah antara kegemaran saya, namun makanan ini agak sukar ditemui kecuali di tamu-tamu sahaja. Saya tidak tahu bagaimana gula mitai ini dibuat dan apakah bahan yang digunakan namun kemanisannya membuatkan saya terkenang-kenang akan kuih ini.
Dulu di Sri Aman ada yang membuatnya di kpg hulu. Kini dah tak da lagi. Kuih ini dipanggil Gula Kapas Sarawak juga.

6. Gula Koel
Gula Koel atau Koer (maaf kalau salah sebutannya, tolong betulkan saya) merupakan makanan manisan bergula berasaskan gula apong. Likat dan keras seperti lolipop sangat sedap dimakan dan digemari kanak kanak.
7. Kuih Sepit Lemantak
Kuih ini hampir sama dengan kuih Sepit lain di Semenanjung cuma bezakan tepung yang digunakan ialah tepung sagu atau lemantak. Ini membuatkan kuih ini lebih tahan patah dan rangup serta tahan masuk angin (semun).
Di Pusa, Spaoh dan Debak banyak pengusaha kuih Sepit lemantak ini. Cikgu pun turut memasarkan kuih Sepit lemantak milik cikgu. Iaitu Kuih Sepit MySiti. Boleh dibeli di Leni’s Spice UTC dan Kedai Haji Wahid. Jamin belalak makan.

 8. Roti Kompia

Terkenal di Sibu, no gardenia…no problem, kompia pun sedap! Rasa lemak manis boleh di cicah dengan sambal dan rendang, kenyang.
Demikanlah 8 kuih kering dan manisan tradisional Sarawak. Sebenarnya masih banyak lagi kuih-kuih terutamanya yang dibuat oleh kaum Iban dan Bidayuh seperti kuih jala dan sebagainya.
Jadi kalau ke Sarawak jangan ingat kek lapis sahaja, Sarawak kaya dengan kuih kering yang sedap dan berkhasiat. Jom Melancong Ke Sarawak


No comments:

Post a Comment